Destinasi

Pasar Serikin 

Datang ke Kuching, Sarawak tidak akan lengkap jika tidak berkunjung membeli-belah di tempat ini. Tempat yang menjadi perbualan ramai pelancong luar negara juga dalam negara. Pasar Serikin, Sarawak ini berada di persempadanan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. 

Perjalanan sejauh 58 kilometer daripada Bandaraya, Kuching memakan masa selama 45minit-1 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan kenderaan yang melalui jalan tersebut.



Pasar serikin ini juga terkenal dengan keunikan kain batik, kain sarung, tikar sarawak, buah-buahan eksotik, dan kain sutera yang kebanyakkannya daripada Kalimantan, Indonesia. Menariknya, kita boleh tawar menawar harga hingga puas hati. Pengalaman yang sama  ini saya pernah rasa ketika berada di Rantau Panjang suatu ketika dahulu.


  

Pasar Serikin mempunyai tarikan yang sukar digambarkan. Datanglah ke Kuching Sarawak. Pasti anda berpuas hati. Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk sewaan harian dan mingguan. Berjumpa lagi nanti di destinasi yang lain sekitar Kuching. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan